Telecommunications Press Releases
SEE OTHER BRANDS

The latest telecommunications news from the world

Doosan Fuel Cell memulakan pengeluaran besar-besaran sistem kuasa sel bahan api menggunakan teknologi Ceres

  • Pencapaian utama bagi kerjasama antara Ceres dan Doosan
  • Produk ini akan mensasarkan pasaran AI, pusat data dan kuasa komersial yang sedang berkembang pesat

Horsham, United Kingdom, July 28, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Ceres Power Holdings plc (CWR.L, “Ceres” atau “Syarikat”), sebuah pemaju terkemuka teknologi tenaga bersih dan Doosan Corporation mengumumkan bahawa Doosan Fuel Cell telah memulakan pengeluaran besar-besaran sel bahan api menggunakan teknologi oksida pepejal Ceres. Doosan Fuel Cell akan mengeluarkan susunan dan sistem kuasa sel bahan api di kilang khas di Korea Selatan, dengan keupayaan menghasilkan kapasiti penjanaan gabungan sebanyak 50MW tenaga elektrik setiap tahun.

Permulaan pengeluaran ini menandakan pencapaian penting bagi Ceres kerana Doosan merupakan rakan pelesenan strategik pertama yang memulakan pengeluaran besar-besaran menggunakan teknologinya. Sel bahan api, susunan sel dan sistem kuasa yang dihasilkan oleh Doosan Fuel Cell akan dipasarkan pada peringkat awal kepada pelanggan di Korea Selatan.

Sel bahan api yang direka bentuk oleh Ceres akan dikeluarkan di kilang canggih milik Doosan Fuel Cell yang terletak di wilayah Jeollabuk-do, Korea Selatan, di mana pembinaannya telah dimulakan pada tahun 2022. Kemudahan sel bahan api oksida pepejal berasaskan logam Ceres kini mula beroperasi, menjadikannya fasiliti pertama seumpamanya di dunia yang dibina khusus untuk sistem tenaga ini. Doosan Fuel Cell menjangkakan penjualan produk sel bahan api oksida pepejal pertamanya akan berlaku sebelum akhir tahun 2025.

Doosan Fuel Cell akan mengedarkan sistem oksida pepejal tersebut, dengan tumpuan utama pasaran kepada aplikasi kuasa teragih pegun. Peningkatan penggunaan pemprosesan AI telah menyebabkan lonjakan permintaan tenaga, terutamanya di pusat data, yang boleh dipenuhi melalui penggunaan sel bahan api. Kegunaan lain termasuk penstabilan rangkaian kuasa berasaskan tenaga boleh diperbaharui dan mikrogrid melalui penghasilan kuasa pada waktu puncak, sistem kuasa untuk bangunan serta penyelesaian kuasa tambahan bagi pasaran perkapalan marin.

Phil Caldwell, Ketua Pegawai Eksekutif Ceres, berkata: "Sel bahan api memainkan peranan penting dalam memenuhi permintaan tenaga global yang semakin meningkat, membangunkan daya tahan tenaga dan memastikan proses penyahkarbonan dapat tercapai. Reka bentuk oksida pepejal Ceres merupakan teknologi yang ideal untuk aplikasi-aplikasi ini kerana ia menawarkan kecekapan yang lebih tinggi, kos yang lebih rendah dan ketahanan yang lebih baik berbanding teknologi lain. Permulaan pengeluaran besar-besaran oleh Doosan Fuel Cell merupakan langkah penting dalam membawa teknologi ini ke peringkat global."

Doosoon Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Doosan Fuel Cell, berkata: "Sel bahan api, sebagai penyelesaian tenaga bersih, semakin mendapat perhatian sebagai alternatif terbaik untuk memenuhi pelbagai keperluan tenaga yang dipacu oleh AI, termasuk pusat data. Di Korea Selatan, pasaran sel bahan api terkemuka dunia, kami berhasrat untuk menerajui penggunaan SOFC (Sel Bahan Api Oksida Pepejal) termaju dengan memanfaatkan kerjasama strategik kami bersama Ceres. Dengan mengkomersialkan teknologi ini dan menggalakkan pengeluaran domestik, kami berhasrat untuk menerajui usaha mempercepatkan peralihan global ke arah masyarakat bebas karbon melalui penyelesaian tenaga mesra alam dalam pasaran kuasa komersial dan mobiliti maritim."

Untuk maklumat lanjut, layari www.ceres.tech atau hubungi:

Ceres Power Holdings plc
Patrick Yau/ Merryl Black
Telefon: +44 (0)7884 654179
Emel:investors@cerespower.com
   
MHP Group (Pensihat Perhubungan Awam)
Reg Hoare/James McFarlane/Matthew Taylor
Telefon: +44 (0) 7827 662831
E-mel:ceres@mhpgroup.com
   

Perihal Ceres

Ceres merupakan peneraju dalam pembangunan teknologi tenaga bersih: sel bahan api untuk penjanaan kuasa dan peranti elektrolisis untuk penghasilan hidrogen hijau. Model perniagaan berasaskan pelesenan yang kurang bergantung kepada aset fizikal ini telah membolehkan Ceres menjalin kerjasama strategik dengan beberapa syarikat terbesar di dunia, termasuk Doosan, Delta, Denso, Shell, Weichai dan Thermax. Teknologi oksida pepejal Ceres memainkan peranan penting dalam memperluaskan elektrifikasi sistem tenaga global dan menghasilkan hidrogen hijau dengan kecekapan tinggi. Pendekatan ini membuka laluan kepada pengurangan pelepasan karbon dalam industri berintensifkan pelepasan tinggi, termasuk pembuatan keluli, penghasilan ammonia dan pembangunan bahan api masa depan. Ceres disenaraikan di Bursa Saham London ("LSE") (LSE: CWR) dan diklasifikasikan di bawah LSE Green Economy Mark, iaitu pengiktirafan kepada syarikat tersenarai yang memperoleh lebih daripada 50% aktiviti mereka daripada ekonomi hijau. Untuk maklumat lanjut, layari laman web kami di www.ceres.tech atau ikuti kami di LinkedIn.

Perihal Doosan Fuel Cell.

Doosan Fuel Cell merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Doosan, sebuah konglomerat yang mempunyai sejarah lebih daripada 129 tahun, menjadikannya yang paling tua di Korea Selatan. Sebagai penyedia penyelesaian sel bahan api terkemuka dengan teknologi proprietari bagi sel bahan api komersial pertama di dunia, Doosan Fuel Cell menawarkan pelbagai penyelesaian hidrogen termasuk PAFC (Sel Bahan Api Asid Fosforik) dan SOFC (Sel Bahan Api Oksida Pepejal). Mereka menyediakan penyelesaian bersepadu yang merangkumi reka bentuk, pembangunan teknologi, pembuatan, pemasangan, operasi dan penyelenggaraan bagi teknologi utama sel bahan api seperti susunan sel bahan api dan sistem. Doosan Fuel Cell, yang telah menubuhkan loji kuasa sel bahan api hidrogen pertama dan terbesar di dunia, kini sedang mengembangkan bidang perniagaannya melebihi kuasa pegun dengan memasuki sektor mobiliti melalui model marin. Syarikat tersebut komited untuk menangani perubahan iklim dan mencapai Sifar Bersih. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi mereka di www.doosanfuelcell.com atau ikuti mereka di LinkedIn.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/6bb6588b-f3d3-4611-92d0-e35ec2ad07c4


Primary Logo

Doosan Fuel Cell Factory

Doosan Fuel Cell Factory, Gunsan, Korea

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions